Saturday, 14 December 2013

KHASIAT POKOK AJAIB






POKOK AJAIB


(Nama Botani :Synsepalum dulcificum) 


Famili :Sapotaceae 

Negara asal:Ghana, Afrika 

Keperluan air :Banyak 
Tahap pH :4.5 hingga 5.8 
Ketinggian pokok: 10 hingga 15 kaki 
Bunga :Warna putih 
Buah :Berwarna merah dan sebesar buah kopi. Sekira dimakan, semua makanan masam yang dimakan selepas itu akan berasa manis.Pokok berbuah selepas 2 hingga 3 tahun 

Bahan aktif(Dari buah) 
• Glycoprotein 
• Miraculin (Taste altering chemical) 


Tumbuhan ini mempunyai 5 spesies yang berbeza dari segi bentuk daunnya.  Pucuk muda berwarna merah tua digunakan utk sakit gigi (rasa kebas).  Daun tua dan akarnya diracik dan dijemur kering digunakan sebagai teh bagi membantu mengubati penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi.  Keistimewaan buahnya ialah bila seseorang memakan buahnya yang masak (buah sebesar buah Kemunting, merah) dan memakan pula buah limau kasturi, mempelam muda, jambu air atau apa saja buah yang bersifat masam, rasanya akan manis.  Bijinya pula boleh dijadikan campuran kopi bagi digunakan untuk meningkatkan Tenaga Batin.  Daun tuanya juga boleh digunakan sebagai ubat sapu untuk melegakan sakit urat, lenguh-lenguh dan sakit sendi dengan mencampurkan bersama Menthol dan minyak kayu putih.  Kini pokok ini telah menjadi sebahagian daripada pokok hiasan laman atau lanscape kerana ia sesuai dijadikan bonsai.  Tumbuhan ini banyak terdapat di Kelantan dan buahnya yang masak menjadi kesukaan kanak-kanak.  Daun dan buahnya boleh dijadikan gula-gula herba jika dicampurkan bersama gandum, jelly, perasa contohnya cengkih atau pudina, pewarna makanan dan sebagainya.
"Spesis pokok ajaib ini memang banyak. Pokok ajaib sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan apabila dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, gout, asid dalam badan, gastrik, sembelit, sakit gigi, merawat jantung dan kanser.
"Salah seorang guru sekolah yang menghidap penyakit darah tinggi telah didapati sembuh sepenuhnya dan bebas dari penyakit itu setekah mengamalkan pengambilan pokok ajaib itu. .Khasiat pada buah menandingi khasiat dalam daun. Ini kerana, apabila dimakan buahnya boleh menawarkan cuka dan mengurangkan rasa masam pada limau yang paling masam..Pokok ajaib itu hanya sesuai bagi individu yang betul-betul menghidap penyakit di mana khasiat yang ada pada pokok berkenaan akan bertindak terhadap penyakit, seterusnya akan dapat dirasai sama ada berkesan atau tidak dalam beberapa jam kemudian..Daun pokok tersebut tidak hanya direbus untuk mendapatkan airnya, malah daunnya boleh dimakan begitu sahaja.Lebih baik daun ini diamalkan segar dari diproses untuk dijadikan pil yang tentunya telah kehilangan banyak khasiatnya,


Untuk dapatkan anak pokok:
HUBUNGI; Hj Ashaario 0199156049

No comments:

Post a Comment